Salam...
Hari nie entah mengapa, Mas rasa mcm nk menulis. Mungkin sudah tiba masanya Mas meluahkan 'sedikit' akan apa yg terbuku dlm ati nie. Memetik kata2 seorg teman...memendam itu kadangkala perlu, tp Mas nie dh byk sgt memendam perasaan. Jadi, jgn sampai sakit nnti baru nk meluahkan segalanya. So, memandangkan beberapa ari nie Mas pun tak boley tido nyenyak sgt, badan pun rasa mcm x sht je...Mas amik keputusan nk menulis semula. Mas nk cerita ttg beberapa perkara. Slmt membaca =)
1) SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI BAPA
- Mas ada wish Selamat Hari Ibu kt mak ritu. Ari Ahad nnti, walaupun dh tak boley wish lg..Mas akan sedekahkan surah Fatihah n Yasin utk arwah abah. Moga kedua2 insan yg berjasa utk Mas nie akan sentiasa dirahmati Illahi. Mas syg mak n abah. Besday mak pun bulan nie (25 May 2011) dan Mas jd anak yg pertama wish kt mak thn nie. Besday arwah abah plak pd 4 May ritu dan pd tanggal 26 Jun nnti, genap la 11 thn pemergian abah.
2) KELUARGA BARU
- Mas syg sgt2 dgn keluarga kecik yg Mas ada kt TM nie. Adik2 tersayang (Capik, Jimy, Amis, Nina, Basyir, Shamsul)..diorg byk bg semangat utk Mas terus bertahan dlm bidang kerja nie. Sesungguhnya hanya Tuhan shj yg tau akan apa yg Mas tanggung tika ini. Tanpa sokongan dan dorongan diorg, Mas mungkin tak mampu utk terus bertahan. Tima kasih adik2 syg.. =)
3) KELUARGA SEDIA ADA
- Nie la famili yg Mas ada sejak di Enterprise lagi (KK, KN, KS, K.Shida, Lid, Nora)..semua Mas syg. Ramai lagi nama2 yg tak perlu Mas sebutkan di sini...tp sbnrnye merekalah antara insan yg menjadi tunjang utama penguat smgt Mas. Maklum la, hidup jauh drpd keluarga...pastinya pelbagai dugaan, cabaran, onak & ranjau kehidupan yg perlu ditempuhi. Alhamdulillah, berkat kesabaran n kekuatan iman yg ada...Mas masih mampu tersenyum biar pun ada kalanya menangis jua apabila tewas dgn perasaan sendiri. Insan kerdil, makhluk ALLAH yg lemah..wajar juga apabila sesekali tunduk dgn kekecewaan, kan?
4) SAHABAT
- Frasa ini sememangnya meninggalkan kesan yg sgt mendalam t'hadap Mas. SAHABAT, Rakan,Teman, Kawan...punya pengertian yg berbeza pd takrifan Mas sendiri. Masing2 bagaikan memberi makna yg mendalam n tersendiri (konon mcm ada level of friendship la). Mas masih lagi berhubung dgn teman2 lama (SKL, SMKY, UiTM SHAH ALAM, GEMS) dan Mas juga masih terus mengenali insan2 baru yg boley dianggap sbg sahabat (",). Ofismate, housemate, roomate..semuanya ada 'tempat' d dlm ati Mas. Kak Ina aka Zalina Mustafa adalah slh sorg insan yg mmg Mas hormati sbg kakak. Fitri n Zul plak mmg Mas anggap sbg abg kandung.
5) PERKAHWINAN @ MASA DEPAN
- Kali nie, Mas meletakkan satu tajuk yg sblm ini tdk pernah sama sekali pun terfikir d benak ati nie. Mas nk cerita psl kwn2 rapat yg dah pun bergelar suami, isteri..malah ada yg pegang tittle ibu n ayah..TAHNIAH utk korg ye. Mas sbg kwn, tumpang hepi utk korg. Merujuk kpd kata2 nie jugak, Mas seakan dihimpit satu perasaan sayu apabila rakan rapat (MFA) akan mendirikan rumahtangga pd bln Nov nnti. Mesti kitorg dh xleh rapat mcm dulu lagi bila dia dh berkahwin nnti. Takpe la, jnji dia bahagia n Mas sbg kwn yg rapat ngan dia sentiasa mendokan MFA berolah kebahagiaan dunia & akhirat..insyaALLAH,AMIN. Hujung minggu nnti, Mas akan menghadiri mjls perkahwinan sorg shbt terdekat jugak, Zali. Hmmm, kalo utk Mas sendiri,diri ini sudah pasarah dgn ketentuan yg Maha Esa...apabila insan yg slama ini ditunggu2..sudah beralih arah. Mungkin tiada jodoh antara kami..Mas redha.
6) PEMERGIAN
- Tajuk nie jugak baru utk diri Mas..sbb Mas tidak pernah lagi merasai perasaan sebegini. Sayu, pilu, rindu..semuanya bersatu. Tahun 2011 menyaksikan satu peristiwa berlaku dlm hidup Mas sehingga meninggalkan luka yg plg dalam. Mas kehilangan seorg insan yg Mas anggap sbg abg kandung..seorg insan yg berhati mulia, seorg insan yg sudi mendengar apa jua perkara tika saat susah atau senang..Dia akan slalu berada d sisi Mas. Mmg sukar atau mungkin tak akan pernah Mas temui lg insan sebaik dirinya. Insan yg Mas maksudkan ialah arwah Nasaruddin bin Abd.Razak atau Mas panggil sbg Bro. Moga arwah Bro tenang di sana..d sisi Maha Pencipta.
7) KERJAYA
- Hmmm, bila tiba bab nie...Mas sebak sekejap. Nk citer apa ye? Ssh nk dihuraikan kalo setakat nk citer sket2 nie.Takpe la, anggap je bhw skrg nie Mas tgh melalui fasa2 yg sukar & saat2 sedih dlm hidup Mas. Tp semuanya apabila melibatkan kerjaya je la. Pada sesiapa yg tau akan apa yg berlaku, korg simpan la citer tu baik2 ye. Pada sesiapa yg blm tau..cukup la korg tau yg Mas msh blm menemui apa yg dicari dlm bidang kerjaya..iaitu 'kepuasan' & 'kebebasan' berkerja. Mas blm mendapat pekerjaan yg tetap, msh terumbang ambing lg dlm menentukan corak pekerjaan yg bakal dipilih. Nsb baik la pesanan mak slalu dkt d minda Mas. Mak ckp, jgn mudah menyerah kalah...putus asa tu utk org2 yg tak reti berjuang je. Tp perkataan tu bkn utk cheq sbb mak tau anak mak nie sorg yg kuat smgt dan dia ada senjata utk terus berjuang. Senjata tu adalah doa dan ksh syg drpd mak. terharu kan? Tp betul la..kata2 ini yg telah memberikan kekuatan utk Mas terus melangkah ke hadapan, menongkah arus kehidupan yg tiada belas kasihan. Ok, dah la ek..mls nk sebut psl nie lg..nnti Mas sedih....
8) INSAN2 YANG DISAYANGI
- Mungkin bagi org lain...insan2 yg disayangi nie hanya akan melibatkan keluarga dan shbt rapat je. Tp bg Mas, sangattttt ramai insan yg Mas syg...sbb slalunya Mas akan menyayangi org lain lbh dr diri sendiri. Mas syg mak, abg, kakak, adik, akak ipar, abg ipar, sepupu, mak cik, pak cik, anak2 buah..semua la. Mas syg kwn2 (Saadah, Nurul, Nad, Rod...ramai lagi ar,tak tertulis d sini). Mas syg jugak famili LL( Fitri, Angie, Mif, Naz, Arm, Din, Faiz, Adzhar, Rosli, Ain, Chua, Adziezul, Zana, Dee, Dyla, Wan Zakaria, Izam, Alif, Razi, Akmal dan tak lupa jugak Hana & the twins ). Mas tak mengharapkan ksh syg ini berbalas pun...cukup la sekadar diorg sudi mendoakan kesejahteraan Mas d dunia & mendoakan Mas di akhirat kelak.
9) PerFACT d HATIKU
- Keluarga PerFACT ini sama sekali tidak akan pernah luput dr ingatan. Mas belajar byk perkara drpd mereka yg berada dalam kelompok ini. Mas syg & hormat pd insan2 yg berada dlm famili ini. Jasa baik, sokongan moral, kasih syg & perhatian yg diberikan oleh Abg Andi, Kak Asz, Aben, Roe, Madi, Paan, Abg Zul, Fara, Syahman, Adik Mad, Syahmi n Bob mmg tak kan mampu dibayar dgn wang ringgit. Hanya ALLAH shj yg mampu membalas penghargaan Mas buat insan2 terbaik ini. Bagi Asriq, Lilian, Bob dan insan2 lain sprt Fili dan JJ..mereka juga meninggalkan kesan yg mendalam bg diri Mas. Insan2 lain (Syed E, Najib, Amir, Did, Hajar, Kak Chik, Shirah, Saiful, Zami, Zura dan ramai lagi) juga tidak terkecuali dlm mencorakkan sesuatu dlm memori & kamus perjalanan hidup Mas sepanjang tempoh pengajian di UiTM Shah Alam sampai skrg. Terima kasih atas segalanya.
10) INSPIRASI
- Kehadiran seorang insan telah mengubah pendirian Mas mengenai takrifan inspirasi ini. Tapi, Mas tau..sedar sgt yg Mas tak akan meneruskan ikatan persahabatan antara kami nie ke peringkat seterusnya pun..cukup la berakhir sampai d sini shj. Mas akui, diri ini mmg memiliki ramai insan2 yg Mas anggap sbg 'INSPIRASI" atau 'pemberi semangat'. Jadi, biarlah Mas terus bersama mereka melalui masa depan yg terbentang luas d hdpn. Mas masih punya rakan2 d UiTM yg sampai skrg menjadi sumber inspirasi Mas...juga rakan2 GEMS, SKL, SMKY dll. Moga Mas terus kuat & bersemangat hingga menemui kebahagiaan hakiki...insyaALLAH.
Ok, setelah selesai menulis 10 PERKARA di atas, ati Mas sudah mulai beransur tenang. Mas harap sgt, pasni akan dikelilingi oleh keceriaan, bkn lagi kemurungan mahu pun kesedihan yg berpanjangan. Apa pun, Mas pasti..setiap apa yg berlaku skrg ini ada hikmah yg tersembunyi kerana hanya DIA yg Maha Mengetahui akan apa yg terbaik buat hambanya. Sehingga ketemu lagi...Assalammualaikum. (",)
Tinta biru, Menara TM, 17 Jun 2011, 11 pagi
Lega sgt rasa...sudah terhambur segalanya...=)
ReplyDelete