Monday, June 27, 2011

RASA YANG MEMBELENGGU

Salam...
Ku mulakan entry kali nie dgn tajuk yg agak 'suram'. Ya, sememangnya entry kali nie menggambarkan perasaanku. Lewat kebelakangan ini, aku dihambat oleh perasaan sayu, pilu, kecewa, tertekan, runsing, putus asa...segalanya. Semuanya membabitkan kerjaya. Aku sedar, mungkin bagi org lain..hal sebegini dipandang enteng dan dianggap remeh. Tp bagi diriku, sesungguhnya ini bkn sesuatu yang ku inginkan. Apa pun yang berlaku selepas ini..aku harus redha. Semangat yang berbaki ini perlu dikuatkan semula. Aku harus berani mengatur kembali langkah...terus menuju medan peperangan. Justeru, ku mohon padaMU Ya ALLAH, Kau sentiasa bersamaku...dalam suram dan suka.Sesungguhnya, hanya padaMU aku bermohon...AMIN.


                                                                                                            Menara TM, 9 pagi, 28 Jun 2011

Sunday, June 19, 2011

WEEKEND YG BERLALU

Salam..
Hmm, kali nie weekend Mas dipenuhi dgn xtvt, biarpun agak berlainan kelazimannya berbanding hari2 minggu yg lepas. Ok, mari  kite citer satu persatu ye. (",)

SABTU (18 Jun 2011)
- Hari nie Mas mulakan dgn sesi membasuh baju. Then, dh siap sidai semua..terus siap2 nk kuar. Kelakar kan kalo org lain bersiap nk kuar on weekend sbb nk g shopping mall, lyn movie, hangout with frens..tapi MAS? Hehe, Mas g ofis. Why? Bcoz I have sumthing to do...in order to make my life more easy on Monday, huhu. Tak jugak sbnrnye..Mas dtg dok sorg2 kt ofis tu wat keja...sbb nk kemas fail, meja, dokumen, email dll sbg persediaan awal..memandangkan Mas akan menamatkan kontrak di sini pd 30 Jun nnti. Jadi, sementara masih ada masa nie..Mas buat la apa yg patut supaya Mas kuar dr sini nnti dgn cara yg berhemah..insyaALLAH, atas izinNya jua.

- Selepas siapkan keja kt ofis, Mas g amik brg jap kt Level 15.Then, masukkan dlm keta Kak Ina. After that, g Mid Valley jap..temankan Nina beli brg. Rini Nina banjew mkn kt Cake and Paddington (sedap sgt, mekaseh ye).

- Pas balik from Mid Valley, Mas temankan Kak Ina plak..kuar g kedai perabot jap. Tp jap je, time Maghrib dh sampai umah.

- Rini gak Mas dpt kol from Dae, tny psl nk g wedding Zali esok. Si Zali pun kol jugak, cbuk nk srh dtg wedding dia esok. InsyaALLAH, kalo xde aral melintang..sampai la esok ye.

- Mlmnye, Mas kol Muhammad Irfan, besday boy yg dh pun berusia 11 thn. So, bermaksud...arwah abah Mas pun dh genap 11 thn pemergiannya ke rahmatullah..sbb Irfan lahir seminggu sblm atuk dia meninggal. Bak kata org tua2, patah tumbuh hilang berganti. Masa wish besday tu, Irfan siap wat request lg..nk hadiah besday katanya. So, Mas pun tny la..sbb ingatkan simple je. Skali rupanya dia nk jam tgn G-Shock. Uish, mmg SHOCKED la Mak Cik dia nie..huhu.

- Cerekarama mlm nie pun agak menarik utk dilayan. So, Mas tido dlm kul 1 pg. =)

AHAD (19 Jun 2011)
- Pagi nie plak Mas mulakan dgn menggosok baju utk ke mjls perkahwinan Zali n bj nk ke ofis. Pas siap iron bj, Mas buat bekpes (scramble egg + daging burger mmg terbaik la). Pastu, mkn plak magga harum manis as a desert, kenyang tak terkira. Mas jugak sempat online sekejap, sebaik shj menerima msj from Zulkhairi, dia bgtau wife dia dh slmt melahirkan second baby diorg. Alhamdulillah, hadiah Hari Bapa yg sgt bermakna =)

- Lebih kurang jam 11.30pg, Dae dtg jemput Mas. So, kitorg berempat (Mas, Dae, Eman & Peja) menaiki keta Vios kepunyaan Dae menuju ke Kajang. Hmmm, boley tahan la..agak jauh umah Zali. Pape pun, tumpang hepi utk kwn Mas yg sorg nie. Dia berkahwin jugak dgn pilihan hati, si cantik manis bernama Yana. Masa mjls tu jugak, Mas bertemu semula dgn kwn2 lama serta barisan pensyarah yg sgt dihormati. Mas berkongsi cerita ngan kwn2 lama..suka la =)

- Balik je dr wedding tu, dh siap2 nk kuar plak. Mas g Mid lg, lyn movie plak. Kali nie, kitorg lyn 3,2,1 Cinta. Mas nangis sorg2 kt dlm panggung tu. Sedih la ada satu babak tu..bila that gurl yg tomboy giler nk menyebut nama 'papa'. Dh la rini Hari Bapa...arwah abah plak dh xde d muka bumi nie. Tu yg wat Mas touching,huhu.

- Sampai je umah mlm tu, Mas msk MAGGI, dinner plg mudah. Takpe la, jnji boley alas perut until tmrrw. Mas tgk episod pertama Stanza Cinta. Ok la, agak boley layan ar pasni. Tu pun, kalo ada masa la.

Hari minggu berakhir dgn tenang. Mas pun masuk tido awal mlm nie..nk rest. Alhamdulillah...menunggu hari esok dgn penuh sabar.

                                                                                         Tintabiru, Isnin 20 Jun 2011

Thursday, June 16, 2011

SETELAH SEKIAN LAMA

Salam...
Hari nie entah mengapa, Mas rasa mcm nk menulis. Mungkin sudah tiba masanya Mas meluahkan 'sedikit' akan apa yg terbuku dlm ati nie. Memetik kata2 seorg teman...memendam itu kadangkala perlu, tp Mas nie dh byk sgt memendam perasaan. Jadi, jgn sampai sakit nnti baru nk meluahkan segalanya. So, memandangkan beberapa ari nie Mas pun tak boley tido nyenyak sgt, badan pun rasa mcm x sht je...Mas amik keputusan nk menulis semula. Mas nk cerita ttg beberapa perkara. Slmt membaca =)

1) SELAMAT HARI IBU & SELAMAT HARI BAPA
    - Mas ada wish Selamat Hari Ibu kt mak ritu. Ari Ahad nnti, walaupun dh tak boley wish lg..Mas akan    sedekahkan surah Fatihah n Yasin utk arwah abah. Moga kedua2 insan yg berjasa utk Mas nie akan sentiasa dirahmati Illahi. Mas syg mak n abah. Besday mak pun bulan nie (25 May 2011) dan Mas jd anak yg pertama wish kt mak thn nie. Besday arwah abah plak pd 4 May ritu dan pd tanggal 26 Jun nnti, genap la 11 thn pemergian abah.

2) KELUARGA BARU
    - Mas syg sgt2 dgn keluarga kecik yg Mas ada kt TM nie. Adik2 tersayang (Capik, Jimy, Amis, Nina, Basyir, Shamsul)..diorg byk bg semangat utk Mas terus bertahan dlm bidang kerja nie. Sesungguhnya hanya Tuhan shj yg tau akan apa yg Mas tanggung tika ini. Tanpa sokongan dan dorongan diorg, Mas mungkin tak mampu utk terus bertahan. Tima kasih adik2 syg.. =)

3) KELUARGA SEDIA ADA
    - Nie la famili yg Mas ada sejak di Enterprise lagi (KK, KN, KS, K.Shida, Lid, Nora)..semua Mas syg. Ramai lagi nama2 yg tak perlu Mas sebutkan di sini...tp sbnrnye merekalah antara insan yg menjadi tunjang utama penguat smgt Mas. Maklum la, hidup jauh drpd keluarga...pastinya pelbagai dugaan, cabaran, onak & ranjau kehidupan yg perlu ditempuhi. Alhamdulillah, berkat kesabaran n kekuatan iman yg ada...Mas masih mampu tersenyum biar pun ada kalanya menangis jua apabila tewas dgn perasaan sendiri. Insan kerdil, makhluk ALLAH yg lemah..wajar juga apabila sesekali tunduk dgn kekecewaan, kan?

4) SAHABAT
     - Frasa ini sememangnya meninggalkan kesan yg sgt mendalam t'hadap Mas. SAHABAT, Rakan,Teman, Kawan...punya pengertian yg berbeza pd takrifan Mas sendiri. Masing2 bagaikan memberi   makna yg mendalam n tersendiri (konon mcm ada level of friendship la). Mas masih lagi berhubung dgn teman2 lama (SKL, SMKY, UiTM SHAH ALAM, GEMS) dan Mas juga masih terus mengenali insan2 baru yg boley dianggap sbg sahabat (",). Ofismate, housemate, roomate..semuanya ada 'tempat' d dlm ati Mas. Kak Ina aka Zalina Mustafa adalah slh sorg insan yg mmg Mas hormati sbg kakak. Fitri n Zul plak mmg Mas anggap sbg abg kandung.

5) PERKAHWINAN @ MASA DEPAN
    - Kali nie, Mas meletakkan satu tajuk yg sblm ini tdk pernah sama sekali pun terfikir d benak ati nie. Mas nk cerita psl kwn2 rapat yg dah pun bergelar suami, isteri..malah ada yg pegang tittle ibu n ayah..TAHNIAH utk korg ye. Mas sbg kwn, tumpang hepi utk korg. Merujuk kpd kata2 nie jugak, Mas seakan dihimpit satu perasaan sayu apabila rakan rapat (MFA) akan mendirikan rumahtangga pd bln Nov nnti. Mesti kitorg dh xleh rapat mcm dulu lagi bila dia dh berkahwin nnti. Takpe la, jnji dia bahagia n Mas sbg kwn yg rapat ngan dia sentiasa mendokan MFA berolah kebahagiaan dunia & akhirat..insyaALLAH,AMIN. Hujung minggu nnti, Mas akan menghadiri mjls perkahwinan sorg shbt terdekat jugak, Zali. Hmmm, kalo utk Mas sendiri,diri ini sudah pasarah dgn ketentuan yg Maha Esa...apabila insan yg slama ini ditunggu2..sudah beralih arah. Mungkin tiada jodoh antara kami..Mas redha.

6) PEMERGIAN
    - Tajuk nie jugak baru utk diri Mas..sbb Mas tidak pernah lagi merasai perasaan sebegini. Sayu, pilu, rindu..semuanya bersatu. Tahun 2011 menyaksikan satu peristiwa berlaku dlm hidup Mas sehingga meninggalkan luka yg plg dalam. Mas kehilangan seorg insan yg Mas anggap sbg abg kandung..seorg insan yg berhati mulia, seorg insan yg sudi mendengar apa jua perkara tika saat susah atau senang..Dia akan slalu berada d sisi Mas. Mmg sukar atau mungkin tak akan pernah Mas temui lg insan sebaik dirinya. Insan yg Mas maksudkan ialah arwah Nasaruddin bin Abd.Razak atau Mas panggil sbg Bro. Moga  arwah Bro tenang di sana..d sisi Maha Pencipta.

7) KERJAYA
    - Hmmm, bila tiba bab nie...Mas sebak sekejap. Nk citer apa ye? Ssh nk dihuraikan kalo setakat nk citer sket2 nie.Takpe la, anggap je bhw skrg nie Mas tgh melalui fasa2 yg sukar & saat2 sedih dlm hidup Mas. Tp semuanya apabila melibatkan kerjaya je la. Pada sesiapa yg tau akan apa yg berlaku, korg simpan la citer tu baik2 ye. Pada sesiapa yg blm tau..cukup la korg tau yg Mas msh blm menemui apa yg dicari dlm bidang kerjaya..iaitu 'kepuasan' & 'kebebasan' berkerja. Mas blm mendapat pekerjaan yg tetap, msh terumbang ambing lg dlm menentukan corak pekerjaan yg bakal dipilih. Nsb baik la pesanan mak slalu dkt d minda Mas. Mak ckp, jgn mudah menyerah kalah...putus asa tu utk org2 yg tak reti berjuang je. Tp perkataan tu bkn utk cheq sbb mak tau anak mak nie sorg yg kuat smgt dan dia ada senjata utk terus berjuang. Senjata tu adalah doa dan ksh syg drpd mak. terharu kan? Tp betul la..kata2 ini yg telah memberikan kekuatan utk Mas terus melangkah ke hadapan, menongkah arus kehidupan yg tiada belas kasihan. Ok, dah la ek..mls nk sebut psl nie lg..nnti Mas sedih.... 

8) INSAN2 YANG DISAYANGI
    - Mungkin bagi org lain...insan2 yg disayangi nie hanya akan melibatkan keluarga dan shbt rapat je. Tp bg Mas, sangattttt ramai insan yg Mas syg...sbb slalunya Mas akan menyayangi org lain lbh dr diri sendiri. Mas syg mak, abg, kakak, adik, akak ipar, abg ipar, sepupu, mak cik, pak cik, anak2 buah..semua la. Mas syg kwn2 (Saadah, Nurul, Nad, Rod...ramai lagi ar,tak tertulis d sini). Mas syg jugak famili LL( Fitri, Angie, Mif, Naz, Arm, Din, Faiz, Adzhar, Rosli, Ain, Chua, Adziezul, Zana, Dee, Dyla, Wan Zakaria, Izam, Alif, Razi, Akmal dan tak lupa jugak Hana & the twins ). Mas tak mengharapkan ksh syg ini berbalas pun...cukup la sekadar diorg sudi mendoakan kesejahteraan Mas d dunia & mendoakan Mas di akhirat kelak.

9) PerFACT d HATIKU
    - Keluarga PerFACT ini sama sekali tidak akan pernah luput dr ingatan. Mas belajar byk perkara drpd mereka yg berada dalam kelompok ini. Mas syg & hormat pd insan2 yg berada dlm famili ini. Jasa baik, sokongan moral, kasih syg  & perhatian yg diberikan oleh Abg Andi, Kak Asz, Aben, Roe, Madi, Paan,  Abg Zul, Fara, Syahman, Adik Mad, Syahmi n Bob mmg tak kan mampu dibayar dgn wang ringgit. Hanya ALLAH shj yg mampu membalas penghargaan Mas buat insan2 terbaik ini. Bagi Asriq, Lilian, Bob dan insan2 lain sprt Fili dan JJ..mereka juga meninggalkan kesan yg mendalam bg diri Mas. Insan2 lain (Syed E, Najib, Amir, Did, Hajar, Kak Chik, Shirah, Saiful, Zami, Zura dan ramai lagi) juga tidak terkecuali dlm mencorakkan sesuatu dlm memori & kamus perjalanan hidup Mas sepanjang tempoh pengajian di UiTM Shah Alam sampai skrg. Terima kasih atas segalanya.

10) INSPIRASI
      - Kehadiran seorang insan telah mengubah pendirian Mas mengenai takrifan inspirasi ini. Tapi, Mas   tau..sedar sgt yg Mas tak akan meneruskan ikatan persahabatan antara kami nie ke peringkat seterusnya pun..cukup la berakhir sampai d sini shj. Mas akui, diri ini mmg memiliki ramai insan2 yg Mas anggap sbg 'INSPIRASI" atau 'pemberi semangat'. Jadi, biarlah Mas terus bersama mereka melalui masa depan yg terbentang luas d hdpn. Mas masih punya rakan2 d UiTM yg sampai skrg menjadi sumber inspirasi Mas...juga rakan2 GEMS, SKL, SMKY dll. Moga Mas terus kuat & bersemangat hingga menemui kebahagiaan hakiki...insyaALLAH.

Ok, setelah selesai menulis 10 PERKARA di atas, ati Mas sudah mulai beransur tenang. Mas harap sgt, pasni akan dikelilingi oleh keceriaan, bkn lagi kemurungan mahu pun kesedihan yg berpanjangan. Apa pun, Mas pasti..setiap apa yg berlaku skrg ini ada hikmah yg tersembunyi kerana hanya DIA yg Maha Mengetahui akan apa yg terbaik buat hambanya. Sehingga ketemu lagi...Assalammualaikum. (",)

                                                                                           Tinta biru, Menara TM, 17 Jun 2011, 11 pagi  

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH/AWAL MUHARAM

Salam tahun baru kpd semua...
Sempena kemunculan tahun baru, Mas ingin mengambil kesempatan ini utk mencoretkan sepatah dua kata buat tatapan di masa akan dtg..cewah, ayat mcm ucapan ari raya la plak, hehe. Hmm, yg sbnrnye..sambutan Awal Muharam kali nie diraikan sederhana. Org lain semua bercuti..tapi Mas, sorg2 kt ofis nie...siapkan keja yg nk submit kt boss esok pg. Ye la, dh la ari Jumaat amik mc.Then, ari Isnin masuk keja..for sure ar keja banyak..email jgn ckp la, penuh inbox.Pastu, boss plak kasi assignment lmbt..tp nk cepat.Dh dia tau yg rini cuti, nape la dia dok kasi lagi??? Pape pun, xpe la.Mas anggap ini semua cabaran...Mas yakin blh buat. Sket je lagi..dh nk siap nie..Hmm, nsb baik la smlm kuar ngan K.Asz, Zura, Paan n Madi. At least, ati nie dh tenang sket drpd segala serabut duniawi. InsyaALLAH,keja nie akan siap sebentar lg. AMIN...

Monday, November 15, 2010

TAG yang sgt byk from Miss Nina (",)

Salam semua,
Kali nie, Mas nk siapkan tugasan utk tag yang diberikan oleh Miss nina. Hmmm, agak byk kot...25 things about me..what to say??? Adoiiii, abis la semua citer kuar pasni, ooopppppssssss..hehe. Pape pun, Mas akan cuba menulis dgn baik dan semoga korang pun dpt membaca dgn sabar ye. Peace! =)

1) Perkara paling utama yg korg perlu tau psl Mas ialah, I love my family so much. walaupun ayat nie mcm klise, tapi Mas nk ckp jugak...sesungguhnya Mas sygkan famili lbh drpd diri Mas sendiri...seriously. Btw, I only have my mum, since my dad passed away since year 2000 due to stomach and lung cancer.Poor him...huhu. So, started from that, Mas cuma ada mak..kakak, 3 org abg, 2 org akak ipar dan juga 7 org anak2 buah(3 gurls & 4 guys). Love them so much.. (",).

2) Satu lagi perkara yg sgt ketara psl Mas ialah I really2 like blue colour...not blue story okayyyy..hehe.. Kalo boleh tu, semua benda yg Mas suka Mas nk kaler biru. My tendency to the blue colour sgt melampau..bak kata seorg teman kpd seorg trainer masa time training dulu..dia ckp,
"Kalo Tuan Haji nk tau, Mas nie sangat biru orgnye"
<Peh, nsb baik la Tuan Haji x salah faham time tu. Kalo x, malu gilerrr ar Mas..huhu.>

3) Seterusnya, perkara yg Mas sgt suka buat time lapang ialah I love to read novels. Actually not only novel, but everything that is related to any reading material. Mas baca journal, magazine, pamphlet, brochure..semuanya la. Since I was small, paper yg bungkus nasi lemak tu pun Mas baca. Tu yg asyik kena bising dgn mak. Dah la org nk p jual nasi lemak tu. Kalo dh dok baca ja, bila nk siap bungkus??? Hahaha, kelakar kan?

4) Then, another thing about me is I like travelling. Tp, so far...Mas rasa plg jauh pun Mas hanya pernah pegi Genting Highlands...hahaha.Lawak kan? Tu la, belum sampai seru nk g oversea. Mas suka jln2 je..tgk tmpt org..walaupun dekat je tempat tu. Mas prnh g kwsn Felda Pasoh 4 kt N9, Kota Tinggi Johor..selamatkan mangsa banjir...macam2 la.My late father pun prnh ckp..kalo nk byk pengalaman, kita kena g merantau kt tmpt org. Ya Abah, cheq ingat pesan abah tu..=)

5) Perkara nie yg plg best, sbb berkaitan ngan MAKANAN. Hehe, kalo korg nk tau...Mas sgt suka mkn bihun sup and nasi goreng. Kalo kecik2 dulu...g kedai...time nk order je..mmg menu akan tetap sama je.So, my mum n my dad dh x pyh tny Mas nk mkn pe..hahaha.Tp skrg, dh pelbagaikan pilihan mknn la..Cuma, sesekali tu nk jugak rasa Nasi Goreng USA, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Pattaya, Nasi Goreng Kerabu...hahahahahahahah, bukan ke byk pilihan tu???

6) Mas pun sgt suka berkarya. Hobi masa lapang yg sekarang nie sudah jd darah daging. Pantang ada masa lapang dan idea yg mencurah, pasti akanku lakarkan pd kertas kanvas yg bisu itu..cewah, terus kuar madah puitis ek? Utk  pengetahuan korg, berkarya nie bkn sekadar  hobi tau..tp Mas mmg minat sgt3..Mas amik bidang penulisan masa study kt UiTM Shah Alam dulu..Ijazah Sarjana Muda dgn kepujian Teknologi Kreatif, mengkhusus dlm bidang Penulisan Artistik. Mas dh pernah wat p'smbhn lagu2 puisi dan juga deklamasi puisi bersama dgn A.Samad Said, Lim Swee Tin, Pyan Habib, Sutung Omar dan ramai lagi insan2 seni yg hebat. Alhamdulillah, ALLAH beri kesempatan utk Mas berbuat demikian, syukur seadanya.

7) Selain itu, Mas juga sgt suka bidang kaunseling, training dan motivasi. Masa study kt UiTM dulu, Mas dan kwn2 ada tubuhkan sebuah persatuan fasilitator dan kaunselor muda..its called as PerFACT. Masa tu la, Mas jumpa ramai kwn2...Paan, Madi, Roe, Aben, Fara, K.Asz, Abg Andi, Adik Mad, Bob, Syahmi, Syahman dan juga Abg Zul. Tak lupa juga, Mas kenal Lilian dan Asriq...sgt bertuah sbb dpt mengenali diorang. Itu blm kira adik2 lagi..mmg ramai tak terhitung la jumlahnye,sbb PerFACT skrg dh jd generasi warisan..so proud to be part of them (",).

8) Sesetengah org ingat, Mas nie memilih kwn. Tapi sbnrnya, Mas sgt berhati2 dlm berkawan...sbb Mas dh byk sgt pengalaman dikhianati oleh seorang insan yg bergelar teman, rakan, sahabat ini. Korg bygkan la ye, sampai Mas dh blh buat satu sajak yg bertajuk Teman, Rakan dan Sahabat..Pape pun, Mas akui masih ramai lagi sahabat dunia akhirat yg sentiasa bersama mas saat susah dan senang. Trima kasih sahabatku..aku sgt menghargai perhatian dan ksh syg kalian.

9) Sepanjang hidup Mas(sehingga 25 tahun skrng), Mas rasa Mas hanya ada beberapa org shj teman rapat di kalangan lelaki dan perempuan. Tapi, Mas xleh ckp kt sini nama diorg...untuk menjaga ati semua pihak. Pada sapa2 yg tau tu, diam2 je la ye...

10) Hmmmm,ntah la...ada org ckp Mas nie seorang yg tegas dan berdisiplin. Karakter yg ada tu telah menyebabkan kebanyakan org, insan atau individu yg pertama kali ditemui akan menjarakkan diri drpd Mas dulu utk sementara waktu. Then,bila diorg dh knl rapat..dh mesra2..baru diorg tau yg Mas nie sbnrnye kelakar dan peramah orgnye...hehe. Bukan Mas yg ckp tau, tp diorg yg bgtau sendiri. (",).

11) Mas sebenarnye sgt5 manja ngan arwah abah. Ntah la, xtau nape...mmg dh sejak azali cmtu. Pantang arwah abah nk gerak g mana2..mesti Mas nk ikut. Dulu abah ada motosikal je..jadi Mas la yg akan jd pembonceng setia abah..huhu. Tapi, lepas arwah  dh xde..Mas agak 'lost' la. Agak lama Mas cuba utk membiasakan diri dgn ketiadaan arwah...sampaikan rexult exam PMR pun merosot. But slowly2 after that, I feel used to it...Mas mula rapat dgn mak plak sampaiiiiiiii la skrg. Luv U so much mak!

12) Hehe, kalo nk tau..Mas ada kategori lelaki idaman jugak...mcm gurl2 len nk..juz dream to have it la kan. Tapi kalo dh jodoh dgn org yg bkn atau TIDAK LANGSUNG memenuhi kategori yg diharapkan, nk wat cmne...huhu. Mas suka lelaki yg tinggi (must be more than 170cm), berkulit hitam manis(jgn la putih melepak sgt okayyy) dan juga older than me (at least 2 or 3 years). Thats all, easy rite? Haha, nmpk je mcm mudah..tp sampai skrg pun blm jumpe. Mas blm terbuka ati nk bercinta dgn sape2 pun sampai skrg...umo dh 25 thn. OMG, bila nk kawin kalo cmni?? Whatever la kan, Mas percaya jodoh pertemuan tu ada d tangan ALLAH SWT. Hanya DIA yg mengerti akan setiap perkara yg dirancang olehNYA.

13) Lagi, apa ye....Hmmm, Mas suka nk share psl kanak2. Kalo korg nk tau, Mas sgt suka ngan baby. Rasa tenang je apabila dpt berada dgn baby..makhluk ALLLAH SWT yg plg suci..blm tercemar dgn sbrg noda. Mas suka tgk keletah n karakter diorg yg manja tu. Anak2 buah Mas pun ada yg Mas jaga sendiri masa diorg still baby tau...huhu.

14)Mas pun suka aktiviti lasak mcm camping, hiking, abselling. Mas pernah join kayak kt laut, sungai, paya, arus deras...best sgt. Camping nie slalunye kt dlm hutan je la..termasuk puncak Gunung Jerai. Korg mesti pernah dgr kan?

15) Mas suka share experience dan bercerita dgn ramai org. Maksudnya, kalo Mas ada melalui pengalaman baru pada satu2 ari tu..Mas akan bercerita semula dgn org len. Paling kurang pun, dgn my mum n my sis la. Ntah la, may be sbb arwah abah dulu dh ajar kot. Arwah abah slalu mintak Mas sediakan satu esei like short story everytime I go somewhere...especially kalo rombongan sekolah...hehe. Mas ingat lagi, dulu Mas pegi Bukit Bendera Pulau Pinang pun, balik still kena submit report kt abah..padahal abah mesti la tau tmpt tu kan, nama pun kitorg nie org Kedah..anak jati Utara...so sweet rite? =)

16) Mas memiliki 3 karakter yg susah nk dilihat oleh org len. Tapi Mas nk bgtau jugak la kt sini...biar korg tau. Mas sebenarnya jarang menunjukkan sifat manja, sensitif dan pemalu pd org len especially pd org yg baru dikenali. Tapi, ada jugak kwn2 yg dh lama kenal ngan Mas tapi diorg x prnh tgk Mas dlm sisi yg satu itu. Hebat kan Mas menyembunyikannya? Hehehe...

17) Mas jarang sgt mkn fast food masa kecik2 dulu...sbb umah kt kg tu agak jauh kalo nk g Alor Setar or Sungai Petani. Kalo kt kg, mmg xde la benda alah tu..mesti kena p bandar jugak. Tapi, skrg nie..sejak Mas study kt UiTM Shah Alam tahun 2005..badan pun dh makin booolattttt sbb slalu sgt mkn fast food.Eii, kdg2 menyesal pun ada...huhu.

18)Mas rasa agak lama jugak berada jauh drpd famili...since 2005 until now. Kalo dulu, time study..skrg nie dh masuk time keja plak. Huhu,xtau la pasni time KAWIN pun jauh gak...Pape pun, Mas bersyukur sgt sbb jarak atau faktor kejauhan itu tidak pernah sesekali menyebabkan hubungan Mas dgn famili renggang. Mak n keluarga sgt memahami dan memberi sepenuh kepercayaan kpd Mas utk terus menongkah arus hidup berdikari d ibu kota ini..Alhamdulillah, AMINNN. (",)

19) Mas suka sgt tgk org yg memakai pakaian beruniform...mcm polis, tentera(TUDM,TLDM,TDDM) , bomba, polis trafik dan sbgnya. Diorg nampak sgt smart dan berkarisma. Plus, diorg mcm ada aura tersendiri yg membuatkan kita dgn sendirinya akan respect kt diorg. Dulu zmn sekolah menengah, Mas join Unit Trafik Sekolah yg ahlinya semua terdiri drpd wanita. Sangat indah kenangan waktu itu apabila dpt mewakili sekolah dlm Pertandingan Lumba Basikal peringkat daerah dan menduduki tempat ketiga...satu2nya pasukan wanita yg berjaya ke peringkat akhir tau..so proud to be part of the team..they are 5 of us.

20) Mas cuma ada seorg adik kandung yg bernama Mas Anum binti Senawi. Mas sgt sygkan dia..Tapi jauh di sudut ati nie, Mas teringin nk ada seorg adik lelaki. Tapi, mmg mustahil la kalo nk adik kandung kan sbb my mum dh tua. So, utk mengubati rasa kekecewaan itu..Mas raaaaamaiiii sgt adik angkat lelaki...my junior at UiTM especially,pastu officemate yg muda2..semua Mas anggap mcm adik sendiri. So, skrg nie dh x rasa la mcm xde adik lelaki.Mas rasa mcm hidup Mas dh complete..sbb ada kakak, abg dan  adik( perempuan n lelaki).

21)Mas teringin sangat nk jd seorg novelis. Ye la, slalu dok baca karya org je. Teringin jugak nk rasa cmne rasanye kalo baca karya sendiri. Mas dh lama siapkan novel2 tu...tapi semua himpunan karya tu masih belum published. Mas masih menanti masa yang sesuai utk mengetengahkannya kepada tatapan umum.InsyaALLAH, moga satu hari nnti...Mas akan berjaya merealisasikan impian ini..AMIN.

22) Mas pernah berangan nk jadi seorang motivator yang berjaya...dan sagt dihormati. Mas suka membuatkan org hepi dan rasa bersemangat dlm melakukan apa jua perkara skalipun. Mas harap sgt satu hari nnti Mas akan jadi mcam Dato Dr Fadzillah Kamsah, HM Tuah dll.

23) Mas tak pernah melalui mana2 pengalaman berkerja sebelum ini sampai la Mas melaporkan diri di tempat kerja sekarang iaitu Telekom Malaysia Berhad. Kalo ada pun, Mas hanya tolong mak n abg menguruskan kedai mkn milik famili..tu je.  So far, syukur alhamdulillah..Mas masih lagi boleh terus bertahan...tidak terkena kejutan budaya yg sgt melampau di alam pekerjaan..hehe. Jadi, TM menjadi saksi segalanya...peace!

24) Hmmm, semua org ada impian hidup masing2 kan? Mas pun tak terkecuali. Tapi mungkin apa yang membuatkan Mas agak sedikit berbeza dengan kwn2 lain ialah Mas tidak terlalu memikirkan mengenai impian hidup sendiri..tapi hanya utk membahagiakan mak selagi termampu. Doa Mas di penghujung tiap waktu solat adalah agar Tuhan memanjangkan usia ini utk Mas terus berbakti dan membahagiakan mak selagi hayatnya dan hayat Mas masih ada..AMIN.

25) Last but not least, Mas harap sedikit sebanyak coretan yg dipaparkan dalam 24 perkara di atas akan dpt membantu kalian "mengenali" Mas dgn lbh mendalam. Terima kasih atas kesudian kalian membaca entry kali ini. JUTAAN terima kasih juga buat Miss Nina yg sudi memberikan tag utk post ini kpd Mas..Sekian dulu utk kali nie..hingga bertemu lagi..salam sayang dan juga SALAM AIDIL ADHA buat semua..

* Kalo boleh, pasni Mas nk mintak Aben, Roe, Fara, Capik, Iqbal buat cmni gak ye...selamat menulis (",)

-The End-

SEMUANYA AKAN BERAKHIR...insyaALLAH

Salam...
Hmmm,entah mengapa...ari nie Mas ada sedikit rasa sayu dalam rasa kegembiraan. Bercampur baur perasaan tu..xtau la nk ckp cmne..macam terharu pun ada. Aduhhh,nape rasa cmni ek? Mungkin sbb Mas dh x lama akan berada di sini..daerah baru yg menemukan Mas dgn ramai insan mulia yg berhati suci. Mas syg sgt ngan diorg. Famili kecik yg Mas dpt kt sini mmg xde tolok bandingnye dgn sape2 pun..xkan blh ditukar ganti ngan mana2 insan skalipun. Pasni, Mas pasti akan merindui Sis Najwa, Kak Kamisah, Nina, Lidya, Nora, Kak Shahida, Kak Shequen...dan juga mereka yg byk berkongsi segalanya dgn Mas. Buat adik2 yg sgt disayangi, akak pasti akan merindui kalian. U olsss jg diri baik2 tau. Akak tau Capik,Jimy, Iqbal, Aemiz, Didi dan Ady dh pandai jaga diri...korg dh matang pd pandangan mata akak. Hmmm, terharu sgt dgn setiap memori yg kita lakarkan bersama dulu...sejak d Marang sampai sekarang(NOV 2010). Famili Energy pun sgt byk mengubat kerinduan Mas pd famili d kampung. Mas betul2 rasa mcm ada famili sendiri d sini. Kala diri ini seakan ingin rebah, tidak berdaya utk mengatur langkah lagi...pasti kalian akan menghadirkan diri utk menemani dan melontarkan kata2 motivasi. Mas pasti xkan lupa akan setiap juadah yg kita kongsi bersama, tawa ria dan masa duka bersama....semuanya bersatu dlm lubuk ati ini. Sesungguhnya,hanya TUHAN yang mampu mengerti akan gejolak rasa yang menyelubungi diri ini lewat kebelakangan ini. Mas x dpt nk bygkan hari yag bakal muncul tu...pastinya Mas xkan mampu membendung kesedihan yg ada...huhu. Namun, Mas harap sgt walau apa pun yg terjadi pasni, kita masih akan tetap berhubung antara satu sama lain...x kira di mana jua kita berada. Sayang korang sgt2...=(

Sunday, October 24, 2010

ANTARA...CINTA DAN PERSAHABATAN

Salam semuanya...
Hmmm, dh lama rasanya x menjengah ke ruangan maya ini. W/pun masih lagi berada dlm bulan yg sama...Okt 2010..tp, rasa ati kecil nie seolah2 ada je luahan yang tak terucap. Pape pun, Mas nk teruskan luahan kali nie dengan tajuk entry di atas. Ntah la kenapa, lately...persoalan ini kerap sgt bermain di kepala...menjengah ruang minda nie tanpa henti..seakan tiada penghujung. Kata seorang teman, kita kena bersahabat kalo nk bercinta..tapi kalo nk bersahabat je, x perlu bercinta. Betul la tu kan? Mas pun setuju dgn kata2 dia. Seorg lg shbt pulak kata...kedua2 nya ada kategori dan tahap tertentu dlm hidup kita..level kt dlm ati, minda dan pengaruh dlm keseluruhan hidup kita. Ada insan yg hadir atas nama sahabat je..tp dia mampu membuatkan kita merasai perasaan kehilangan kalo dia xde walaupun sejenak. Ada lagi satu kategori sahabat...dia boleh hadir dan pergi pun dlm sekelip mata jugak tanpa membuatkan kita rasa apa2..sedikit pun tidak terkilan kalo dia takde@ menghilang daripada hidup kita. Situasi ini berbeza dengan kehadiran seorang lagi insan yang kita gelarkan sebagai 'individu istimewa'.

Hadirnya mampu membuatkan kita berada di awang-awangan
Hadirnya bisa melayangkan kita hingga ke puncak angkasa teratas
Hadirnya boleh membawa kita masuk ke dalam fantasi dunia terindah ciptaan sendiri
Hadirnya memang berupaya menghuru harakan hidup kita
Hadirnya akan meninggalkan kesan yg paling dalam...

Sesuatu yg pasti, saat itu nnti...semua rasa pasti akan menyatu..sedih, pilu, gembira, tawa, ria, duka nestapa..bercampur menjadi satu rasa yang pastinya sukar untuk ditafsirkan. Namun bagi Mas sendiri, persahabatan akan membantu kita lebih mengenali cinta dan cinta pula akan mengajar kita utk lebih menghargai persahabatan. Jadi, persoalan ini ditinggalkan sementara di sini..hingga bertemu satu jawapan yang pasti satu hari nnti..insyaALLAH.